LEENZE Kitchen's CALENDAR

 photo lamanutama.jpg... photo termadansyarat.jpg... photo caratempahan.jpg... photo borangtempahan.jpg

Wednesday, November 21, 2012

INFO Durian Crepe - Delivery & Cara Simpan

Seperti yg tertera di side bar sebelah, Pick-Up point atau kawasan yg saya liputi ialah di kawasan perumahan sy sendiri, Kristal Heights, Taman Sri Gombak. Begitu juga dengan kawasan2 yang berdekatan, seperti Giant Batu Caves. So takde masalah kalau sesiapa dari selayang ke, batu caves, taman melati atau wangsa maju nak dptkan Durian Crepe.

Selain tu, those yg di sekitar kawasan Ampang pun boleh juga memandangkan setiap minggu sy akan balik ke rumah mertua sy di Taman Muda berdekatan Pandan Indah. Jadi, sy pilih Tecso Ampang sebagai next Pick-up Point.

Untuk kawasan Damansara pula, anda juga berpeluang utk dapatkan Durian Crepe ye - boleh contact NORHASLINA @ 013-3117709, beliau ialah kakak sy dan tinggal di Damansara Damai. So jangan malu jgn segan, boleh terus CALL/SMS number dia ye.

Satu lagi kawasan - sy open utk mereka2 yang berada di BUKIT BERUNTUNG! Di sana saya ada wakil iaitu adik sy, ROSE - dia ni tokey kedai COSWAY di TESCO Bukit Beruntung. So haruslah setiap hari beliau pergi ke kedai. Kalau ada yg teringin nak order Durian Crepe, boleh terus hubungi saya, nyatakan detail order anda and boleh la jumpa dengan adik sy di Tesco Bukit Beruntung.

Untuk mereka2 yang berada agak jauh la.. seperti SHAH ALAM, PUCHONG atau KAJANG sbb ada juga request yg sy dpt. Bukannya sy tanak amek order tapi memandangkan jarak perjalanan agak jauh (ada tol lagi), jadi sy tak dpt la nk tolong hantar kesana. Kalau sy hantar pun, ada charge delivery yang lebih kurang sama je dengan harga Durian Crepe, rasa tak berbaloi je kan. Jadi biasanya sy akan advise supaya cari atau GOOGLE sesiapa yg ada buat DC di kawasan tersebut. Jgn risau, pasti and confirm ada sbb sekarang ni FENOMENA DURIAN CREPE sedang hangat.. mmg senang nk dpt dan mmg ada saja yg jual. TAPI, kalau anda teringin juga nk rasa DURIAN CREPE LEENZE KITCHEN di kawasan spt SHAH ALAM atau PUCHONG, kami sedia memeprtimbangkan utk penghantaran percuma dengan SYARAT: minimun order mestilah 10packs keatas. Untuk sesiapa di area Serdang atau Mines, sy rekomen anda utk beli dengan kawan saya AQISH, dia ni tokey desert - mmg sedap2... boleh klik kat link AQISH utk hubungi beliau ye :)

Ada juga request/pertanyaan yg sy dpt, dari luar Selangor. Melaka, Johor, Ipoh, Penang.. MAAF sangat2 ye, mmg sangat la mustahil utk kami hantar atau COURIER/POST durian crepe. . Apa yg anda perlu sangat tahu, DURIAN CREPE ni ialah DESERT yg sejuk, nama pun pakai FRESH CREAM, kalau boleh kena sentiasa didalam chiller supaya sentiasa FRESH dan SEDAP! Sy tak buat DURIAN CREPE FROZEN - sbb bila FROZEN, lepas dinyahbeku, filling fresh cream tu dah jadi macam aiskrim - so tekstur dia jadi sangat lembik dan cair, kalau makan mmg tak feel la. baik beli je Aiskrim Durian kan... ni pengalaman sy sendiri. Sy dah CUBA, TRY , TEST sendiri. Jadi utk mereka yg luar dari Selangor, sy tak dpt ambil order tapi macam saya katakan tadi, pasti ada orang lain yg buat DC ni di kawasan sekitar anda... 

Satu lagi, sy sering terima soalan: Berapa lama DC ni tahan? Okay, sy pernah simpan DC paling lama 3 hari dalam Chiller. Hasilnya: DC masih lagi elok. Kulit nya masih lembut, isi fillingnya pun masih lagi sedap, tekstur pun masih lagi sama. lebih dari 3 hari sy tak pernah cuba sbb diri sendiri pun tak tahan tengok DC ni lama2 dalam peti, mesti nak NGAP!! Ada yang tanya pada sy, DC yang dibeli semalam, esoknya nk bagi pada kawan, bila kawan bawa balik kerumah, and makan - DC dah jadi masam! huhu.. sentap juga dik bila dapat komen macam ni, mmg terasa bersalah and ralat. Bila di tanya balik, patutla jadi macam tu, sebab tak simpan dalam peti ais/chiller! Tak boleh ye... filling dia tu fresh cream yg diadun sebati dengan special custard filling + isi durian segar. Ada sedikir campuran Fresh Milk juga. so sangat la tidak sesuai dan tidak boleh kalau tak disimpan di tempat sejuk. sangat NO NO. tolong ye, kalau beli hari ni, tapi nk makan esok.. tolong make-sure Durian Crepe ni duduknya di dalam peti sejuk. Tp kalau awal2 dapat mmg dah rasa masam, itu mmg salah sy! Dan tak sepatutnya terjadi... so far sy belum pernah alami perkara tu la, tapi kalau ada, sila la inform sy dgn kadar segera.

Yang pasti, sy beri jaminan, setiap kali nk buat order Durian Crepe, masa tu juga la sy akan gigih mencari durian sbb sy nak pastikan isinya masih fresh dan segar. sebab tu la, sy tak amek order Durian Crepe hari-hari dan sy cuma gunakan durian Musang King / D24 sahaja dan filling durian tu diadun sebati dengan fresh custard cream, InsyaAllah, anda akan dpt each pieces yang debab2 dan filling yg sama rata, takde rasa cream lebih ke, durian kurang ke, atau durian lebih tapi cream kurang.. :)

So, kali ni sy nak open order utk hari esok, Jumaat (biasanya utk officemates di Wangsa Maju), Sabtu dan Ahad. Pada yg nak tu, order masih lagi dibuka, boleh call/sms/whatsapp : 

0123304668 Linda


Terima Kasih :)




No comments:

Post a Comment