LEENZE Kitchen's CALENDAR

 photo lamanutama.jpg... photo termadansyarat.jpg... photo caratempahan.jpg... photo borangtempahan.jpg

Sunday, December 30, 2012

DURIAN CREPE

too many orders received lately for part-time bakers like me. ada nak kek birthday, kek hantaran, durian crepe... kerja lagi, anak kecik lagi, sangat mencabar. ada kalanya sy terpaksa ambil cuti kerja, sudahnya, cuti hujung tahun mmg tak ada la nk bawa anak berjalan ke apa ke. nk buat camna, komitmen kan. kesimpulannya, mmg sy sangat kagum dgn those yg mmg buat full-time baking ni, honestly, bila kita dah terjerumus dlm baking-membaking ni, masa utk family sangat la limited. mmg bersyukur sangat kalau dpt partner yg sangat memahami.. Alhamdulillah..

i would like to inform all - list kawasan utk anda dapatkan durian crepe. boleh terus sms/whatsap/call especially utk bincang pasal pick-up point ye.. delivery can be considered tp bergantung pada keadaan.....





LINDA 012-3304668
sri gombak, batu caves, greenwood, taman melati, wangsa maju, ampang, bukit beruntung

NORHASLINA 013-3117709
damansara damai, kota damansara, kepong dan kawasan sekitarnya

LIA ABDULLAH 016-3580870
country homes, rawang, tasik puteri dan kawasan sekitarnya

IJA 019-2074538
Sepang, Nilai, Dengkil, Bukit Changgang, Putrajaya, Kajang, Bangi


NAZEMA 016-9736165
Janda Baik, Genting Highlands dan kawasan sekitarnya


DURIAN CREPE
RM10/pack (5pcs)


Wednesday, December 12, 2012

OPEN ORDER DURIAN CREPE

Assalam buat semua,

Minggu ni sy terpaksa closed order utk sebarang tempahan kek ataupun kelas durian crepe sebabnya i will be away utk menambahkan ilmu yg ada. kemana tu ye, nanti sy announcekan..

Walau macam mana pun, order DURIAN CREPE still OPEN  utk minggu ni. Masih ada kekosongan, so boleh place order cepat2 sebelum tutup. Caranya senang je:-


SMS detail:


NAMA - QUANTITY - TARIKH - PICKUP POINT - MASA




HANTAR KE:

LINDA 012-330 4668
(area sekitar sri gombak, selayang, batu caves, wangsa  maju, taman melati, ampang, pandan indah)

LINA 013 - 311 7709
(area sekitar damansara damai, kota damansara, sungai buloh, kepong, batu caves, selayang)

LIA 016 - 358 0870
(area sekitar Rawang Country Homes, Tasik Puteri)


Pick-Up Point:
1. Kristal Heights Apartment, Fasa 9 Taman Sri Gombak
2. Apartment Idaman, Damansara Damai 
3. Country Homes, Rawang 
4. Giant Batu Caves, every Saturday at 3pm
5. Tesco Ampang, every Sunday at 3pm


Pada yg request for delivery, boleh dipertimbangkan depend pada quantity (min 10packs), lokasi dan masa. Yang ni perlukan perbincangan lanjut. so jgn malu jgn segan, boleh terus SMS/Call us.



Thanks :)

Tuesday, December 11, 2012

Rainbow Cake for Rifta


Order received dari sahabat lama masa di UiTM dulu, inginkan Rainbow Cake dengan tema Edible Image Oggy & The Cockroach utk birthday anak lelaki tunggalnya, Rifdee Razin.








Thursday, December 6, 2012

DURIAN CREPE - Open Order

DURIAN CREPE LEENZE KITCHEN

open order for SATURDAY & SUNDAY (8 & 9/Dec)


HARGA: RM10/pack (5pcs)

Cara Order: Call / SMS / Whatsapp

NAMA/HP NO./QTY/DATE REQUIRE/PLACE

LINDA: 0123304668 
(Sri Gombak, Selayang, Batu Caves, Greenwood, Bukit Beruntung, Taman Melati, Ampang, Pandan Indah)
LINA : 0133117709 
(Damansara Damai, Kota Damansara dan kawasan berdekatan)

LIA : 016-3580870 
(Rawang, Country Homes, Tasik Puteri dan kawasan berdekatan)

5/12 Chocolate Doorgift

My Cousin, Nana (actually dia ni pangkat anak buah tapi sebaya with me.. so anggap cousin je la, kalau tak memang terasa dah tua lak) order Chocolate Doorgift and Chocolate Bouquet for Hantaran utk wedding adiknya Niza, hari Sabtu nanti. 

Utk Choc Doorgift, she requested 100pcs of 2cavities chocolate so this what i gave to her - colourful and ada perisa orange and crunchy. 

 



Choc Doorgift - Ribbon & Thank You sticker upon request

While for Choc bouquet, ikut tema majlis Silver/Pink menggunakan 48pcs chocs. asalnya dia request 24pcs tapi rasa macam tak cantik, kecik sangat nk buat jambangan.




Disamping tu, dia selit sekali 8packs of Durian Crepe utk buat makan2. separuh nak diberi pada kawan2 office dan separuh lagi.. nk bawa balik ke kampung (Bagan Serai, 5hours journey).. ni yg rasa cuak ni. Pesan saya kepada dia "Hang beli kotak polisterin putih tu, letak 1 pack ice cube beli kat 7-11, pehtu baru bubuh durian crepe tu. kalau sampai kampung DC hang jadi masam cam tempoyak, hang makan la dengan nasi ye. hehehe..." 

So pada yg nk balik kg, jgn lupa penjagaan DC tu penting ye ;)

Wednesday, December 5, 2012

5/12 Rainbow Cake with Chelsea Theme

Order kali ni diminta oleh my BFF merangkap officemate, Suzie Ahmad utk dihadiahkan kepada suaminya yang terchenta. Si Suami ada lah peminat setia (die hard fan) of Chelsea Football Club. So design cake requested by her.. menggunakan custom edible image. Ada cerita di sebalik kejadian kek ni.

Pertama, kek ni sepatutnya di beri pada pn suzie hari Selasa tapi disebabkann sy sangattt la terlupa, jadi terpaksa minta tunda utk diberi pada hari birthday husband. Then contact Ayu Cakes, ukay perdana tempat biasa sy selalu print edible image (design sy sendiri, just minta print).Terkejut bila Ayu kata, stok icing sheet takde, kena tunggu another 4-5days sdgkan EI tu nak pakai malam tu jugak. Then sy contact beberapa bakers yg ada buat servis printing EI - di setiawangsa, taman melati, manjalara and bangi. Semua bagi jawapan negatif (not available/kat kg/kehabisan icing sheet). Last plan ialah pakai je ready made edible image, sy terjah 3 kedai bakery (Bakewell, Edible Food and Bagus). Yg harunya, ketiga2 kedai tiada stok utk CHELSEA club tapi club2 bola lain semua ada.. Liverpool, MU, Arsenal. Aduuhh.. tepuk dahi saya. nk buat camna ni. Ramai rupanya peminat Chelsea ye. Yg ada pun di Bagus EI Chelsea utk cuppies/choc oreo. sy pun beli la dan terus memikirkan design baru menggunakan EI kecik2.


Petang dlm perjalanan pulang dari office, sy dpt notification add members di facebook. Sy disapa oleh seorang yg bernama Zainie - yg memberi khidmat printing edible image!! Bulat mata sebab kegembiraan.. terus msg Zainie tanyakan boleh ke dpt Edible image yg sy nak malam tu juga. kebetulan En Suami Zaini kerja malam di area Batu Caves, mmg orang kata pucuk dicita ulam mendatang la.. Alhamdulillah, akhirnya sy berjaya juga dptkan Edible Image yg sy nak utk kek besday husband Suzie. Ada kisah pula sempena surprise delivery cake tersebut utk husband Suzie yg sangat melucukan... mmg membuatkan sy dan suzie gelak besar... apa2 pun, ni la cake yg banyak kisah tu..  simple yet nice.. (hopefully).. Thanks Suzie!!










Monday, November 26, 2012

lagi2 Durian Crepe - travel sampai Shah Alam

penat semalam tak hilang lagi, lepas settle delivery and collection utk Saturday - terus la terjah gerai2 DOYAN sebab nk kena borong utk next order. mmg tak dan nk leisure2 dah, order hari Ahad pula bersusun.

Pukul 11 dah janji dengan Diana di Giant Batu Caves yang order 3 packs. First time katanya nak rasa durian crepe ni. Harap2 Diana suka. Next sy buat delivery ke Selayang, untuk Farah Areva (5packs) dan Umi (2packs).

Oh ya, kami mmg consider untuk deliver terus ke tempat anda ye, tapi ada syarat. Untuk mereka2 yang tinggal di sekitar Gombak seperti Selayang, Batu Caves, Taman Melati, Wangsa Maju - kami sudi hantar terus ke tempat anda dengan syarat min order mestilah 5 packs.

Untuk yang agak jauh, seperti yg dinyatakan sebelum ni, min order 10packs diperlukan utk kami hantar ke sana. Ingat tak de yg sudi, rupanya tak sangka, kami dapat tempahan dari Hafizah Hassan sebanyak 15packs dan minta hantar ke padang jawa, Shah alam. hehe

Balik dari Shah Alam agak lewat dalam pukul 11 malam (sambil hantar sambil jalan2..), sampai rumah terus sambung buat order utk Mama Rania (pengasuh) yg order 7packs utk hari Isnin. Mmg sy sengaja lewatkan sebab sy nk Mama Rania dpt DC yg fresh dan segar.... Thanks Mama!!

Terima kasih sangat2 buat anda semua :)







Saturday, November 24, 2012

Saturday - Durian Crepe Fever!

Dari semalam, sy dan kakak ipar Lina bersengkang mata menyiapkan order yg diterima untuk delivery dan collection hari ini... jgn tak percaya, pukul 6 pagi td baru kami berdua dapat merehatkan diri. mmg penat, tapi kami takkan sia2kan kepercayaan anda2 yang sudiiii sangat membeli Durian Crepe kami. Pukul 9pg dah kena bangun sebab ada yang nk ambil pagi2, katanya nk bawa balik kampung kat Perlis sana.. Aduii, risau juga saya dibuatnya, tapi empunya diri dah standby awal2 bawa kotak sejuk (ada ice pack). Harap2 DC tu selamat tiba ke Perlis dalam keadaan yg masih segar dan sedapppp....

Apa2 pun, terima kasih yg tak terhingga buat semua-semua yg sudi datang ke Giant Batu Caves utk collect Durian Crepe ye. 



Friday, November 23, 2012

Durian Crepe for Officemate

Request dari officemate yg tak putus2, especially dari Tauke Chantek Dress yang tak jemu2 meng-order Durian Crepe ni. siap tolong promosi lagi kat member2 department dia. Thanks ye.... sila la menjamu selera :)





Wednesday, November 21, 2012

INFO Durian Crepe - Delivery & Cara Simpan

Seperti yg tertera di side bar sebelah, Pick-Up point atau kawasan yg saya liputi ialah di kawasan perumahan sy sendiri, Kristal Heights, Taman Sri Gombak. Begitu juga dengan kawasan2 yang berdekatan, seperti Giant Batu Caves. So takde masalah kalau sesiapa dari selayang ke, batu caves, taman melati atau wangsa maju nak dptkan Durian Crepe.

Selain tu, those yg di sekitar kawasan Ampang pun boleh juga memandangkan setiap minggu sy akan balik ke rumah mertua sy di Taman Muda berdekatan Pandan Indah. Jadi, sy pilih Tecso Ampang sebagai next Pick-up Point.

Untuk kawasan Damansara pula, anda juga berpeluang utk dapatkan Durian Crepe ye - boleh contact NORHASLINA @ 013-3117709, beliau ialah kakak sy dan tinggal di Damansara Damai. So jangan malu jgn segan, boleh terus CALL/SMS number dia ye.

Satu lagi kawasan - sy open utk mereka2 yang berada di BUKIT BERUNTUNG! Di sana saya ada wakil iaitu adik sy, ROSE - dia ni tokey kedai COSWAY di TESCO Bukit Beruntung. So haruslah setiap hari beliau pergi ke kedai. Kalau ada yg teringin nak order Durian Crepe, boleh terus hubungi saya, nyatakan detail order anda and boleh la jumpa dengan adik sy di Tesco Bukit Beruntung.

Untuk mereka2 yang berada agak jauh la.. seperti SHAH ALAM, PUCHONG atau KAJANG sbb ada juga request yg sy dpt. Bukannya sy tanak amek order tapi memandangkan jarak perjalanan agak jauh (ada tol lagi), jadi sy tak dpt la nk tolong hantar kesana. Kalau sy hantar pun, ada charge delivery yang lebih kurang sama je dengan harga Durian Crepe, rasa tak berbaloi je kan. Jadi biasanya sy akan advise supaya cari atau GOOGLE sesiapa yg ada buat DC di kawasan tersebut. Jgn risau, pasti and confirm ada sbb sekarang ni FENOMENA DURIAN CREPE sedang hangat.. mmg senang nk dpt dan mmg ada saja yg jual. TAPI, kalau anda teringin juga nk rasa DURIAN CREPE LEENZE KITCHEN di kawasan spt SHAH ALAM atau PUCHONG, kami sedia memeprtimbangkan utk penghantaran percuma dengan SYARAT: minimun order mestilah 10packs keatas. Untuk sesiapa di area Serdang atau Mines, sy rekomen anda utk beli dengan kawan saya AQISH, dia ni tokey desert - mmg sedap2... boleh klik kat link AQISH utk hubungi beliau ye :)

Ada juga request/pertanyaan yg sy dpt, dari luar Selangor. Melaka, Johor, Ipoh, Penang.. MAAF sangat2 ye, mmg sangat la mustahil utk kami hantar atau COURIER/POST durian crepe. . Apa yg anda perlu sangat tahu, DURIAN CREPE ni ialah DESERT yg sejuk, nama pun pakai FRESH CREAM, kalau boleh kena sentiasa didalam chiller supaya sentiasa FRESH dan SEDAP! Sy tak buat DURIAN CREPE FROZEN - sbb bila FROZEN, lepas dinyahbeku, filling fresh cream tu dah jadi macam aiskrim - so tekstur dia jadi sangat lembik dan cair, kalau makan mmg tak feel la. baik beli je Aiskrim Durian kan... ni pengalaman sy sendiri. Sy dah CUBA, TRY , TEST sendiri. Jadi utk mereka yg luar dari Selangor, sy tak dpt ambil order tapi macam saya katakan tadi, pasti ada orang lain yg buat DC ni di kawasan sekitar anda... 

Satu lagi, sy sering terima soalan: Berapa lama DC ni tahan? Okay, sy pernah simpan DC paling lama 3 hari dalam Chiller. Hasilnya: DC masih lagi elok. Kulit nya masih lembut, isi fillingnya pun masih lagi sedap, tekstur pun masih lagi sama. lebih dari 3 hari sy tak pernah cuba sbb diri sendiri pun tak tahan tengok DC ni lama2 dalam peti, mesti nak NGAP!! Ada yang tanya pada sy, DC yang dibeli semalam, esoknya nk bagi pada kawan, bila kawan bawa balik kerumah, and makan - DC dah jadi masam! huhu.. sentap juga dik bila dapat komen macam ni, mmg terasa bersalah and ralat. Bila di tanya balik, patutla jadi macam tu, sebab tak simpan dalam peti ais/chiller! Tak boleh ye... filling dia tu fresh cream yg diadun sebati dengan special custard filling + isi durian segar. Ada sedikir campuran Fresh Milk juga. so sangat la tidak sesuai dan tidak boleh kalau tak disimpan di tempat sejuk. sangat NO NO. tolong ye, kalau beli hari ni, tapi nk makan esok.. tolong make-sure Durian Crepe ni duduknya di dalam peti sejuk. Tp kalau awal2 dapat mmg dah rasa masam, itu mmg salah sy! Dan tak sepatutnya terjadi... so far sy belum pernah alami perkara tu la, tapi kalau ada, sila la inform sy dgn kadar segera.

Yang pasti, sy beri jaminan, setiap kali nk buat order Durian Crepe, masa tu juga la sy akan gigih mencari durian sbb sy nak pastikan isinya masih fresh dan segar. sebab tu la, sy tak amek order Durian Crepe hari-hari dan sy cuma gunakan durian Musang King / D24 sahaja dan filling durian tu diadun sebati dengan fresh custard cream, InsyaAllah, anda akan dpt each pieces yang debab2 dan filling yg sama rata, takde rasa cream lebih ke, durian kurang ke, atau durian lebih tapi cream kurang.. :)

So, kali ni sy nak open order utk hari esok, Jumaat (biasanya utk officemates di Wangsa Maju), Sabtu dan Ahad. Pada yg nak tu, order masih lagi dibuka, boleh call/sms/whatsapp : 

0123304668 Linda


Terima Kasih :)




Durian Crepe lagi -- (21/11/12)

Alhamdulillah, Balqis dari Kolej Unikop repeat order utk 8packs Durian Crepe. Also for my x-schoolmate, Suhaila yg sentiasa memberi sokongan - kali ni Su order 10packs of Durian Crepe.





Thanks so much Balqis and Su, lepas ni boleh order lagi... :)

Monday, November 19, 2012

Minggu DURIAN CREPE

yeahh.. sambutan Durian Crepe tak pernah putus walaupun tak la banyak mana kan.. Alhamdulillah, selagi ada rezeki. Lagipun Leenze Kitchen ni buka bukan setiap hari, bila ada kelapangan je, maklum la, sy ni bukan la full time bakers, buat pun sekadar part-time, sambilan dan suka2 utk mengisi masa terluang.

Utk Durian Crepe kali ini, harga tetap sama - RM10/pack (5pcs) yg debab2 ye. Isi durian masih mengekalkan Musang King + D24. Kadang2 memusing satu Sri Gombak ni cari stok durian. kalau tak jumpa juga, gigih minta en Hubby bawa ke Chokit pukul 12 malam. semuanya sebab nk mengekalkan quality Durian Crepe Leenze Kitchen sendiri. hehe...

Order kali ini, Leenze Kitchen terpaksa la open utk kawan2 opis yg dah lama tunggu, mmg ada permintaan sebelum ni, tapi bila fikir nak bawa Durian Crepe yg harum semerbak ke office, alahai.. tu yg lemah, takut mengganggu ketenangan staff2 lain.. nasib baik la ada peti ais besar dlm department. Semua order longgok teerus dalam tu, tapi packaging mmg kena double la... tu pun bila buka pintu peti ais, harummmm je bau doyan - penangan Musang King! hehe..


Order hari Jumaat - kawan2 office @ Wangsa Maju

sebahagian dari order 

2-tonne color ; Lemon & Egg yellow 


Order: Saturday




 Order: Sunday




yang ni pula, order dari MUA Along Ayu dari Sureanngun, while sy dapatkan treatment, kak ayu pun sempat order 2 pack... thanks kak ayu :)



 Thanks so much all sebab sudi membeli Durian Crepe dari Leenze Kitchen :)

psstttt:  (gambar kurang memuaskan.. guna camera phone je..)


Sunday, November 18, 2012

Selingan - Durian oh Durian

selingan kejap... misi mencari durian.... sampai la ke chokit :)



boleh tahan juga harga Musang King kat cokit nih.. RM22/kg. huhu... tapi rasa mmg kawwww :)

Monday, November 12, 2012

11/11/2012 Rainbow Cake - Boboiboy Theme


Ditempah oleh Iela Rosli utk birthday hero kesayangan, Paan.


 the cake inside with special buttercream coating



Cake : Rainbow Cake (9inch)
Special Buttercream + Choc Ganache Topping
Deco with Colourful Choc Candies, Edible Image, Fondant wording and BOBOIBOY Figura.

Thanks Iela! :)

Friday, November 9, 2012

9/11/2012 Variety Orders - Friday

Full with orders for Friday. Itupun 2 sets of Mini Pavlova has to be KIVed due to some reason - Pavlova merajuk!!!!???




60pcs of Rainbow Cupcakes with Fresh Cream frosting
Ordered by Suhaila




2layers Pavlova ordered by Uja




8pcs Red Velver In Jar, also ordered by Uja



5packs of Durian Crepe ordered by Farah, TNB



Thanks so much all for your order.


Tuesday, November 6, 2012

Order pertama - DURIAN CREPE

Terima kasih di atas sambutan walaupun utk kali pertama....




kali pertama - DC debabssss with musang king

masih Musang King, masih debabssss tapi tambah lagi satu..

5pcs - RM10

Monday, November 5, 2012

Durian Crepe - NEW


Latest produk dari Leenze Kitchen, Durian Crepe yg tengah hangat sekarang. Ini adalah hasil kelas menimba ilmu dalam kelas Durian Crepe yg saya hadiri semalam. Jgn tak percaya, punya la top Durian Crepe ni sampai kehadirannya penuh kontrovesi ye.

Mungkin tak ramai tahu tentang pembuatannya yg mana saya akui kita boleh dapatkan resepi2 dari internet, kalau google je mmg boleh dpt.

Tapi resepi yg sy belajar tak sama sekali dengan yg ada di internet sebab pembuatan kulitnya sahaja memerlukan campuran 5 jenis tepung dan tiada langsung tepung gamdum. Hasil campuran 5 jenis tepung ini, menghasilkan kulit/crepe yg sangat lembut. Walaupun disimpan dalam peti ais sehingga 3 hari, masih tetap lembut.

Tentang isi pula, mungkin ada kelainan dari beberapa Durian Crepe yg ada. Mostly isi campuran durian diasingkan dari filling fresh cream. Durian Crepe dari Leenze Kitchen, isi durian di adun sebati dengan fresh cream dan special custard filling. Hasilnya, filling yang sepenuh nya berperisa durian dan sangat creamy. Sebab tu kalau makan sejuk2 lagi bertambah sedap, ada yg kata macam aiskrim durian. Apa-apa pun, terpulang pada cita rasa masing. 

Leenze Kitchen menggunakan durian Musang King sebagai pilihan utama dan ini bergantung pada pasaran. Kalau tiada, D24 ada lah pilihan seterusnya. Yang pasti, semuanya mestilah dari yg terbaik... :)

Kalau teringin nak cuba, boleh dapatkan Durian Crepe dari Leenze Kitchen sbb sekarang ni sy Open Order utk collection hujung minggu ini SABTU dan AHAD. 



 



PROMO
Durian Crepe
1pack (5pcs) @ RM10 
Collection: 
10/11/2012 Saturday - Sri Gombak / Giant Batu Caves@ 3pm
11/11/2012 Sunday - Tesco Ampang @ 3pm

Call/SMS/Whatsapp:  
0123304668
Pls indicate: Name, Quantity, Collection Day

Thanks!

Saturday, November 3, 2012

3/11/2012 - Engagement Cake

I prepared this for my sister's engagement day. She request a hantaran cake with white and maroon theme. At first i was about to gave her a sets of fondant cuppies - sebab rasa macam senang kerja, nama pun sponsor kan. but at the end of the day, i wanna tried the Heart Shape loyang which i bought quite sometime ago. So this is the result of her hantaran cake - simple - yet nice...??? hope so :)


Deco with ribbon, fondant wording and readymade Gumpaste Flower



Also, this 50pcs of choc moist cuppies with same theme, is for makan2.










Monday, October 29, 2012

Red Velvet in Jar - 21/10/2012



My first cake in jar ordered by my BFF - Mekda. Gigih utk siapkan juga order ni walaupun pada hari yang sama, my Princess Rania warded disebabkan high fever and febrile fit (sawan tarik).














8pcs Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting in JAR
(Jar Size: 200ml, 80mm(h), 65mm(d))